Sunday 20 September 2015

Apakah itu "Dondang Sayang' ?

DONDANG SAYANG, sejenis nyanyian yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina Peranakan di Melaka. "Dondang" bermakna nyanyian, manakala "dondang sayang" bermaksud nyanyian mengulit kasih.

        Kini, persembahan dondang sayang diiringi alat muzik seperti biola, rebana, gong atau tetawak, gendang, dan akordion. Alat muzik ini ialah satu gabungan yang simbolis yang mencernakan satu sejarah kegemilangan negeri Melaka pada masa dahulu. Rebana berasal dari Timur Tengah, biola berasal dari Portugis, dan gong warisan pedagang Cina. Daripada gabungan ini, lahirlah peralatan muzik dalam dondang sayang. Bagaimanapun, alat muzik yang penting ialah biola, rebana, gong atau tetawak, sementara alat sampingan ialah akordion, marakas, tamborin dan gendang. 

      Persembahan dondang sayang dimulakan dengan gesekan biola, dikuti tingkahan rebana dan gong. Pada waktu yang sama pantun dondang sayang akan dinyanyikan. Jumlah pemantun tidak terhad tetapi berpasang-pasangan. Mereka mendendangkan pantun empat kerat secara berlagu dengan berbalas-balas pantun sesama mereka. Pemantun akan mendendangkan lagu mengikut muzik yang dimainkan. Setiap pantun soal harus dijawab oleh pemantun seorang lagi. Sekiranya pantun itu tidak terjawab maka penyanyi yang ketiga boleh mengambil alih nyanyian itu.
        

         Ada empat jenis dondang sayang, iaitu dondang sayang Melaka, dondang sayang Baba Peranakan, dondang sayang Tanjung Penyengat, dan dondang sayang Pulau Pinang. Sungguhpun penjenisan ini lebih relatif sifatnya, setiap persembahan dondang sayang tetap diminati oleh beberapa golongan masyarakat seperti Melayu, Cina Peranakan, India, dan Portugis terutamanya di Melaka. Dondang sayang turut dipertandingkan dalam pelbagai pertandingan pada peringkat negeri dan kebangsaan, antaranya Pesta Dendang Rakyat dan Pertandingan Dondang Sayang anjuran kerajaan.

Antara alat-alat muzik Dondang Sayang :


Rebana
Tamborin
Tetawak
Marakas
Biola
Gendang
Akordion

Contoh persembahan Dondang Sayang


5 comments: